Tuesday, May 20, 2008

Shafiq Emran bin Shahril



Abah & Mama this is your new cucu.....

Berat dalam 2.7 kg


Tuesday, April 29, 2008

Iklan Mencari jodoh

Cam ni la kalau nak cari jodoh... Iklan la kat motosikal anda ke... kereta anda ke... Mudah-mudahan ada orang yang menjawab iklan anda....

Taman Tasik Taiping

Tak payah lagi nak cakap kehebatannya...... Gi sendri la baru tau... Kamil ko dok dalam hotel jer tak yah ikut kitaorang...

Hentian Keretapi.....


Kat KL nih dah tak ada tempat keretapi lalu dah.... Dulu masa kecik kecin kalau keretapi lalu mesti ada mamat taruk duit syiling 1 sen kat rel.... Jadi la duit syiling leper..... Ko tengok stesen klasik nih.... Mana nak tengok kat KL....  Masa kecik kecik kalau cuti sekolah aku sure gi taiping.... Naik kereta api.... Pukul 8 pagi naik di KL pukul 6 setengah petang sampai taiping.... Kadang-kadang tuh abah aku yang bertolak pukul 12 tengah hari dari KL jemput kitaorang kat stesen nih. Power abah aku. Bawak keta laju. Padahal keretapi yang slow giler.... Bila la double track nih nak siap....

Pejabat????


Kawasan Bagan Datoh

Pejabat nih..... Dari luar cam tak ada eletrik.... Tapi kat dalam siap ada streamyx.... Lalu tepi jalan dah ada wireless.... Cayalah orang kampung...











Ini dulu pejabat pos lama..... Sekarang dah jadi pejabat.... Kat dalam jangan kata la..... Siapa yang kije browsing jer bleh la kije kat sini.... Siap streamyx sekali nih.....

Sesat di Lumut ke Bagan Datoh

Ini dah betul sesat...... Jumpa la Jirat Cina..... Kamil mana ko bawak aku nih....

Masa Riang Rasa Hebat

Senang jer nak pujuk anak anak..... Bagi jer tune Masa Riang, Rasa Hebat...... Tengok tu.... Patung Ronald McDonald pun bleh jadi tempat berhibur.....

Akibat Kerja Kuat

Makin lama makin sikit la rambut.... Sibuk pulak nak lebatkan rambut balik.... Hahaha... ini bukan masanya nak lebatkan rambut......

Tuesday, April 22, 2008

Besi besi......

Harga makin lama makin naik. Kesian orang kat Kota Kinabalu.

Sekarang nih pulak kes bunuh jenis sadis giler... Dah la bunuh orang... Tanam pulak orang tuh... Lagi tanam pulak kereta mangsa..... Apa nak jadi ngan dunia nih.....

Anak anak ku.....

Hobi masing masing menjerit. 

Tengok adam tuh rambut mesti terpacak. Kalau gel rambut habis mesti jer komplen. 

Kakak Najwa pulak memang kaki melawa. Habis make-up ibu dia dikerjakan.

Aqeef pulak ada stokin panjang tutup kaki semua. Hobi aqeef pulak melekap dengan ibunya. Kesian la kat babah nih......

Penambahan Ahli Baru

Cute tak... Cam bapak dia cute.... Nama dia Aqeef Nouqman yang tak bleh duduk diam. mesti ada jer benda dia nak buat.... Tarikh lahir dia 24 December 2007. Adam pulak 23 December 2003, Najwa 13 April 2002. Aku, Adam & Aqeef december baby. Jadi tiap tiap tahun muda....

Babah nih asyik kerja jer...

Lama tak post..... Malas jer nak post... Aku bukannya suka tulis diari. Kalau tulis diari mesti cakap pasal diri sendiri. Pakai baju apa, pakai spender kaler apa....... lepas tuh budak poser gi lak ambik readme dan tampal dalam blog. hahahahaha

Kalau blog politik pulak ambil keratan akbar dan tampal, lepas tuh bagi komen. Ada satu blog yang entah apa-apa tapi best gak baca cholericworld.blogspot.com. oh lupa lak add satu lagi anak.. 

nanti lah.... nak rehat dulu...

Thursday, September 08, 2005

Kak Wawa


Kak Wawa menangis rebutkan basikal. Posted by Picasa

Teko ajaib


Si pembawa teko. Teko tu berat tau. Dalamnya penuh dengan duit syiling. Tapi Adam bawa ke hulu ke hilir.... Posted by Picasa

Lepas mandi


Aksi selepas mandi. Aksi masa mandi di sensorkan.... Posted by Picasa

Ibu balik


Happy diorang bila ibu balik kerja. Happy sesangat. Tidur pun lambat. Posted by Picasa

Muhammad Naufal


Muhammad Naufal namanya. Adik ipar aku daaaa....... Posted by Picasa

Wednesday, September 07, 2005

Ayam


Ayam ni besar sangat. Habis ayam kampung dikerjakan. Semua ayam kampung koyak kepak dikerjakan oleh ayam ini. Posted by Picasa

Tuesday, September 06, 2005

Ibu Mertuaku


Ibu mertua ku. Kesian dia. Selalu tak cukup tido (Sebab aku balik kampung sampai pukul 2 pagi lepas tu terus ajak berborak sampai pukul 4 pagi) hehehehe. Posted by Picasa

Barney


Najwa Asyilah bersama barney dia.

I love you
You love me
We happy family
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too? Posted by Picasa

Minum babah


Muka manja Adam Nouqman Posted by Picasa

Bapaku


Bapa ku En. Shamuri. Seorang yang hardworking. Anak anak aku manja dengan bapa aku. Posted by Picasa

Adam Nouqman


My wonderful son. Adam Nouqman namanya. Lasak ya rabbi. Posted by Picasa

Najwa Asyilah


Anak perempuan aku yang manja. Najwa Asyilah namanya. Manja giler tido pun kena dodoikan. Posted by Picasa

Perbincangan pernikahan


Perbincangan pernikahan. Dari kiri En. Shaari (bapa kepada pihak perempuan) dan En. Bohari (bapa mertua aku la). Perbincangan tengah hangat nih. Tapi ssampai bab hantaran semua orang terkedu. Jeng jeng jeng...... Adik ipar aku lah antara mekanik yang kena bagi hantaran dengan harga menarik. Posted by Picasa

Adik beradik intan


Adik beradik Intan. Dari kiri Farah (nama timangan adik tapi sejak ada adik kecik kena panggil adik kak chik, malu konon), Intan (isteri kesayanganku), Farhana (susah sungguh nak mandi. Untung la suami dia nanti. Jimat air), Suhaimi ( Nama kat rumah Abang Cha, nama kat kampung cimi, nama kat KL jimmy. Sapa sapa nak bikin motor bleh la datang jumpa dia) dan si kecik tu Naufal (mungkin last sekali mungkin tidak. Mak mertua aku dengar mesti marah) Posted by Picasa

Thursday, August 12, 2004

Joey........

Alfatihah.... Sudah sampai ajal.... 11 August 2004 Joey meninggal bersama anak kesayangan.... Marilah kita berdoa supaya rohnya dicucuri rahmat.....